Wednesday, August 8, 2018

Bahaya perangkap tikus

  nurthiera       Wednesday, August 8, 2018

Bahaya, ini mungkin masalah yang menimpa jika guna perangkap tikus !

Perangkap tikus adalah kaedah kawalan yang biasa digunakan untuk menghapuskan tikus yang menyelinap ke dalam rumah anda.

Namun, anda perlu mengetahui cara dan di mana untuk meletakkan perangkap tikus.

Silap langkah, tikus akan terlepas dan masih terus bermaharajalela di dalam rumah anda.

Berikut adalah beberapa isu yang disebabkan oleh penggunaan perangkap tikus yang tidak berkesan:

1. Perangkap tikus boleh menyebabkan kecederaan kepada manusia 

Perangkap tikus biasanya mempunyai batang besi yang besar dengan pemicu yang sensitif. Apabila terkena pemicu, batang besi itu bergerak balas dan boleh menghentam jari tangan dengan cepat. Ini boleh menyebabkan kecederaan yang serius. Sebab itulah perangkap tikus perlu diletakkan di tempat yang jauh dari sentuhan manusia untuk mengelakkan kecederaan.

2. Perangkap tikus tidak boleh menghapuskan tikus 

Ok, mungkin seekor dua tikus dapat ditangkap tapi bagaimana dengan tikus-tikus yang masih ada di belakang dinding, di atas syiling dan sebagainya? Adakah anda pasti tiada lagi tikus di dalam rumah anda? Perangkap tikus masih belum dapat menghapuskan tikus secara total - ia cuma langkah mengurangkan jumlah tikus yang masih ada sahaja.

3. Tikus dah tak termakan dengan umpan di dalam perangkap! 

Sekadar meletakkan umpan makanan di dalam perangkap dan berharap tikus akan masuk adalah kerja yang sia-sia sahaja. Ini kerana tikus yang telah lama berada di dalam rumah dapat menghidu helah anda meletakkan perangkap tikus. Hanya pakar pembasmi haiwan perosak sahaja yang tahu bagaimana nak mengumpan tikus untuk masuk ke dalam perangkap.

Pembiakan tikus adalah leceh, lebih-lebih lagi bila buat sendiri. Sebab itulah anda perlu serahkan kepada pakar.

Di Easelife Services, juruteknik terlatih kami akan melakukan pemeriksaan dan mengesyorkan penyelesaian yang terbaik untuk menghapuskan haiwan perosak seperti tikus ini.

Kredit : Fb Easelife Pest Control Services

Dapatkan nasihat profesional daripada Easelife Services dengan 2 langkah mudah ini:
1. Klik Link berikut untuk respon pantas --> Ada tikus di persekitaran saya !
2. Berikan Nama, Masalah Pest dan Alamat Premis anda. Easelife Services akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah tikus di kediaman anda.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Bahaya perangkap tikus

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment