Monday, October 1, 2018

7 soalan mudah berkaitan kaedah rawatan haba

  nurthiera       Monday, October 1, 2018

Pepijat adalah serangga kecil dan tidak bersayap yang memerlukan darah sebagai sumber makanan dan hanya aktif pada waktu malam. Disebabkan itu, ia menjadikan kita sebagai mangsa gigitan pada waktu malam bagi mendapatkan makanan untuk terus hidup.

Di Easelife Services, kaedah servis rawatan haba merupakan salah satu kaedah yang ditawarkan bagi menangani masalah pepijat. Respon memberangsangkan dari pelanggan yang telah mencuba servis ini amat di luar jangkaan sejak kaedah rawatan haba ini dipraktikkan.

Kaedah rawatan haba yang dijalankan adalah dengan menggunakan mesin khas, ditekapkan pada target area dan mengeluarkan haba yang tinggi boleh mencapai 180 degree celcius sehingga mampu untuk membunuh serangga, larva dan telur. Kaedah ini tidak menggunakan sebarang bahan kimia yang boleh membahayakan anda sekeluarga.

Gambar di bawah merupakan mesin yang digunakan oleh Easelife Services bagi kaedah rawatan haba untuk menghapuskan pepijat.


Setiap hari, kami menerima banyak panggilan daripada pelanggan yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai masalah pepijat dan bagaimana kaedah rawatan haba ini dijalankan. Jika anda berminat dengan kaedah rawatan haba ini tetapi ingin mengetahui lebih lanjut mengenainya, anda boleh dapatkan nasihat profesional daripada kami.

Di samping itu, berikut merupakan antara contoh soalan yang sering diajukan oleh pelanggan kepada kami berserta jawapan mengenai rawatan haba ini.

1)
Q - Bagaimanakah kerja-kerja 'heat treatment' ini dijalankan?
A - Haba panas yang dikeluarkan daripada mesin akan ditumpukan kepada bahagian-bahagian yang telah dikenalpasti yang mempunyai masalah pepijat seperti di tilam, sofa, karpet dan mungkin almari dan kerja-kerja akan dijalankan dengan teliti dan cermat.

2)
Q - Berapa lama masa yang akan diambil bagi proses tersebut?
A - Mengikut pengalaman kami, ianya akan mengambil masa anggaran 2 sehingga 3 jam untuk sekali treatment bagi rumah sebesar flat, kondo atau apartment.

3)
Q - Perlu atau tidak untuk pelanggan keluar daripada rumah ketika servis dijalankan?
A - Anda tidak perlu keluar daripada rumah dan boleh turut serta bersama-sama juruteknik untuk melihat bagaimana servis dijalankan.

4)
Q - Adakah kaedah rawatan haba ini mengandungi bahan kimia?
A - Sama sekali tidak dan ianya sangat selamat untuk anda seisi keluarga.

5)
Q - Bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah pepijat yang berada di dalam tilam, bantal atau sofa?
A - Kepanasan haba dengan suhu 180 darjah celsius boleh menembusi ketebalan objek dan seterusnya dapat mematikan pepijat dan serangga lain yang terdapat didalamnya.

6)
Q - Adakah syarikat menyediakan jaminan atau warranty?
A - Ya! Kami ada menyediakan warranty selama 2 minggu selepas servis dijalankan. Sekiranya masalah berulang, anda dikehendaki untuk mengambil gambar sebagai bukt dan kemudian maklumkan kepada pihak kami dan kami akan datang tanpa caj tambahan.

7)
Q - Adakah serangan pepijat disebabkan oleh keadaan rumah yang kotor?
A - Masalah pepijat bukan daripada masalah kebersihan tetapi susun atur rumah juga memainkan peranan bagi menyebabkan ianya merebak dengan begitu pantas.

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang kaedah rawatan haba bagi menghapuskan pepijat, dapatkan nasihat profesional daripada Easelife Services dengan dua langkah mudah ini:

1. Klik Link berikut untuk respon pantas --> Ada pepijat di persekitaran saya !
2. Berikan Nama, Masalah Pest dan Alamat Premis anda. Easelife Services akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah pepijat di kediaman anda.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, 7 soalan mudah berkaitan kaedah rawatan haba

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment