Wednesday, November 7, 2018

5 kelebihan deria tikus yang anda perlu tahu!

  nurthiera       Wednesday, November 7, 2018

Pemahaman menyeluruh tentang perihal tikus adalah penting jika kediaman anda diserang tikus. 

Begitu juga dengan kelebihan deria yang ada pada tikus bagi membolehkan anda tahu tentang kelebihan yang ada pada tikus. Hal ini kerana kita perlu memahami apa yang tikus dapat lakukan untuk membendung tikus supaya tidak dapat bersarang dengan lama di kediaman anda.

Deria memainkan peranan penting bagi haiwan makhluk perosak seperti tikus. Hal ini kerana mereka bergantung sepenuhnya dengan deria yang ada untuk membolehkan mereka kekal di sesuatu tempat. 

Oleh itu, pentingnya bagi anda untuk mengetahui kelebihan deria yang ada pada tikus bagi anda membanteras kegiatan tikus di kediaman anda.

Berikut merupakan kelebihan deria yang terdapat pada makhluk perosak seperti tikus:

1) Penglihatan

Tahukah anda tikus mempunyai penglihatan yang kurang apabila berada pada jarak antara 3 ke 4 kaki, namun tikus sangat sensitif kepada pergerakan sehingga jarak antara 30 ke 50 kaki. Disebabkan itu juga tikus bergerak aktif pada waktu malam apabila kadar pencahayaan rendah. Selain itu, kebanyakan tikus adalah buta warna tetapi ada juga tikus yang dapat mengesan sesuatu objek jika mempunyai warna yang terang. 

2) Pendengaran

Tahukah anda deria pendengaran tikus digunakan bagi mengesan objek yang berada berdekatan mereka. Oleh sebab itu, tikus akan berkeliaran lari apabila terdapat objek yang menghampiri mereka. Tikus juga dapat menghasilkan frekuensi bunyi yang lebih tinggi dari manusia. Oleh sebab itu, tikus tidak boleh mendengar frekuensi rendah yang boleh didengari manusia dan tikus berkomunikasi dengan bunyi berfrekuensi tinggi yang sesetengahnya tidak boleh didengari manusia. Selain itu, tikus boleh memberi amaran bahaya terhadap tikus-tikus lain tanpa disedari pemangsa.

3) Sentuhan

Tikus mempunyai deria sentuhan yang sensitif disebabkan oleh bulu yang berada di badan dan digunakan untuk meneroka persekitaran di sekeliling mereka. Tikus akan bergantung pada deria sentuhan dan rasa untuk mengenalpasti tempat mereka bersarang. Tikus sering memilih objek yang kekal/pegun di sebelah mereka ketika bergerak dan selalunya mereka akan bergerak mengikut bahagian tepi dinding.

4) Bau

Bau merupakan salah satu deria yang penting kepada tikus. Hal ini kerana, tikus akan menggunakan deria bau untuk mengesan jejak yang ditinggalkan oleh mereka. Tikus akan meninggalkan kesan najis, air kencing atau kesan berminyak bagi menanda objek atau laluan yang digunakan mereka. Tikus akan kembali ke tempat tersebut dan bersarang jika bau tersebut kekal. Oleh itu, penting bagi anda untuk membersihkan kawasan kediaman anda jika ada kesan bau kehadiran tikus. Hal ini untuk mengelakkan tikus bersarang di kediaman anda.

5) Rasa

Tikus mempunyai deria rasa yang tinggi dan membolehkan mereka mengesan beberapa bahan kimia. Hal ini seterusnya dapat menyebabkan sesetengah daripada tikus menolak umpan atau racun yang diletakkan di kediaman anda kerana terdapat bau racun serangga atau bahan kimia lain. Oleh itu, disamping meletakkan racun tikus yang sedia ada, makanan yang segar atau berkualiti perlu diletakkan bersama-sama racun tikus untuk mengelakkan tikus menolak umpan tersebut.



Jika anda berada di sekitar Shah Alam dan Lembah Klang, anda boleh memberi kepercayaan kepada kami sebagai pakar kawalan makhluk perosak. Di Easelife Services, juruteknik terlatih kami akan melakukan pemeriksaan dan mengesyorkan penyelesaian yang terbaik untuk menghapuskan haiwan perosak seperti tikus ini.

Kawalan perosak diperlukan kerana haiwan seperti tikus dan beberapa serangga membawa penyakit, mengotorkan dapur dan kediaman serta boleh menggigit anda. Tujuannya adalah untuk menghapuskan sebarang jenis haiwan perosak di rumah, garaj atau halaman anda adalah untuk memastikan anda sekeluarga selamat dan sihat.

Dapatkan nasihat profesional daripada Easelife Services dengan 2 langkah mudah ini:

1. Klik Link berikut untuk respon pantas --> Ada tikus di persekitaran saya !
2. Berikan Nama, Masalah Pest dan Alamat Premis anda. Easelife Services akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah tikus di kediaman anda.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, 5 kelebihan deria tikus yang anda perlu tahu!

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment