Monday, January 14, 2019

Sebab utama anai anai memilih kediaman anda (Siri2)

  nurthiera       Monday, January 14, 2019

Sebelum ini kita pernah membincangkan betapa pentingnya kelembapan kepada anai - anai. Hal ini disebabkan anai - anai hanya mempunyai lapisan kulit nipis dan tidak mempunyai kulit atau exoskeleton seperti semut atau lipas. Oleh itu, anai - anai akan tidak mampu untuk bertahan hidup pada masa jangka yang lama tanpa kelembapan yang cukup.

Anai - anai akan memilih kawasan yang lembab dan tanpa gangguan untuk dijadikan sarang. Manakala untuk laluan mereka, anai - anai akan menggunakan lumpur dan membentuk seperti tiub untuk keselesaan mereka keluar masuk ke kediaman anda. Oleh itu, jika hanya terdapat tiub lumpur di kediaman anda boleh menjadi petunjuk bahawa terdapat anai-anai di persekitaran anda. 

Sebelum rumah dan perabot anda habis dimakan anai - anai, seeloknya anda perlu tahu sebab anai - anai memilih untuk bersarang di kediaman anda. Berikut merupakan sebab utama anai - anai menyerang kediaman anda:

1) Tanah lembab di persekitaran anda

Untuk pengetahuan anda, tanah yang lembab akan menggalakkan lagi pembiakan anai-anai di persekitaran anda. Oleh itu, anda seharusnya lebih peka sebelum membuat keputusan untuk membeli rumah di sesuatu kawasan. Jenis tanah adalah amat penting. Hal ini disebabkan, jika anda membuat keputusan tanpa mengambil kira jenis tanah pada tapak kawasan tersebut, ianya boleh memberi kesan kepada anda di kemudian hari.

Terdapat satu kes pelanggan di mana rumahnya terdapat anai - anai, tanah di tapak kawasan kediaman beliau adalah daripada jenis sejuk dan dingin. Apabila kaki pijak di atas lantai kediaman beliau, terasa sejuk dan dingin sahaja. Persekitaran yang sejuk dan dingin memang bagus, namun harus diingatkan bahawa anai - anai juga suka akan kawasan begitu. Oleh itu, jika tanah di persekitaran anda adalah daripada jenis sejuk dan dingin, anda seharusnya membuat pemeriksaan berkala untuk membanteras kegiatan anai - anai di kediaman anda.

2) Paip di dalam tanah bocor atau pecah

Selain daripada jenis tanah yang lembab, sistem paip di kediaman anda juga memainkan peranan penting. Jika paip di kediaman anda berada di dalam tanah, anda seharusnya memastikan paip tersebut berada dalam keadaan baik dan kecocoran tidak berlaku. Hal ini disebabkan, tanah di sekitar kediaman anda akan berada dalam keadaan lembab jika kebocoran berlaku. Hal ini seterusnya dapat menarik anai - anai ke kediaman anda.

Paip yang bocor akan menyebabkan air keluar dan melembabkan tanah di sekitar paip tersebut. Anai - anai akan mendapat sumber air yang mencukupi jika menjadikan kediaman anda sebagai target untuk bersarang. Oleh itu anda seharusnya peka jika bil air bulanan anda meningkat mendadak dan mencari sebab atau punca kepada kenaikan bil bulanan anda. Ini untuk memastikan persekitaran anda bebas daripada anai - anai serta dapat membantu anda mengatasi masalah kebocoran paip jika ada.


Anai - anai merupakan serangga yang rajin sehingga terdapat peribahasa yang sering digunakan untuk menunjukkan sesuatu perbuatan atau pekerjaan yang dilakukan dengan tekun dan rajin iaitu seperti anai - anai makan kayu. Tetapi jangan tertipu kerana rajinnya anai - anai dapat memberi kesan buruk kepada anda dan boleh menyebabkan kerugian yang besar.

Jangan tunggu sehingga anda melihat perabot dan barang di rumah anda dimakan anai-anai. Ingin mengetahui lebih lanjut tentang anai-anai, dapatkan nasihat profesional daripada Easelife Services dengan langkah mudah ini:

1. Klik Link berikut untuk respon pantas --> Ada anai-anai di persekitaran saya !
2. Berikan Nama, Masalah Pest dan Alamat Premis anda. Easelife Services akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah anai-anai di kediaman anda.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Sebab utama anai anai memilih kediaman anda (Siri2)

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment