Friday, August 7, 2020

4 tempat persembunyian kutu

  nurthiera       Friday, August 7, 2020
Semenjak dua menjak ini, banyak pelanggan E Pest yang mengadu mengalami masalah kutu. Ada juga yang terkeliru ingatkan kene gigit dengan pepijat, namun apabila di periksa, rupa-rupanya masalah kutu yang dialami sebenarnya.

Oleh itu pentingnya anda mempunyai info tentang perbezaan antara kutu dan juga pepijat seperti yang telah diterangkan di dalam content sebelum ini. Boleh klik link berikut untuk info lanjut ->Perbezaan Kutu dan Pepijat. Hal ini kerana, kaedah rawatan yang akan digunakan untuk menghapuskan kedua-dua jenis serangga ini adalah berbeza. 

Masalah kutu sebenarnya lebih kronik dari pepijat disebabkan kesan gigitan yang lebih gatal, di samping gigitan yang tidak kira siang atau malam. Hal ini diisebabkan kutu bukan seperti pepijat yang hanya menggigit di waktu malam, siang hari pun dah boleh rasa gatal akibat gigitan kutu.

Kutu juga bertelur dengan banyak dan kadar infestesinya adalah tinggi. Oleh sebab itu, dengan semburan biasa selalunya tidak dapat menghapuskan kutu di kediaman anda.

Jika anda terlihat seekor kutu di kediaman anda, boleh dikatan kediaman anda sudah menjadi tempat kutu bersarang di dalamnya. Penting bagi anda periksa tempat berikut yang boleh menjadi tempat persembunyian kutu di kediaman anda. Antara tempatnya ialah:

1) Celahan atau rekahan


Periksa bahagian dinding kawasan rumah anda, jika terdapat rekahan atau celahan yang dapat serangga hidup di dalamnya. Kawasan rekahan bukan sahaja menjadi kegemaran kutu dan pepijat, anai-anai dan semut juga boleh ada di situ. Hal ini kerana serangga suka akan tempat gelap dan lembab. Oleh itu, rajinlah periksa dinding di kediaman anda untuk mengelakkan serangga seperti kutu bersembunyi di dalamnya.

2) Bawah karpet atau permaidani


Anda perlu ambil kira di bahagian karpet atau ruang tamu kediaman anda. Hal ini disebabkan ruang tamu merupakan kawasan anda sekeluarga berkumpul dan juga haiwan peliharaan anda. Kemungkinan untuk kutu melompat dari haiwan peliharaan anda ke atas karpet dan bertelur di atasnya adalah tinggi. Ditambah pula dengan fabrik karpet yang tebal dan dihamparkan tanpa beralih tempat menambahkan risiko untuk kutu bersembunyi di dalamnya. Kerap vacuum dan cuci karpet merupakan salah satu cara untuk mengatasi masalah kutu di kediaman anda. 

Tips : Berdiri di atas karpet dengan memakai stokin putih, jika ada serangga yang hinggap di kaki anda, itu bermaksud kutu telah berada di karpet anda. Selamat mencuba !

3) Bilik tidur


Masalah kutu kronik adalah apabila tidur malam anda diganggu dengan rasa gigitan dan rasa gatal. Periksa bilik tidur anda di bahagian tilam, almari baju dan persekitaran. Adakah terdapat tanda-tanda serangga seperti kutu. Kutu juga seperti pepijat, akan bersembunyi di bahagian baju dan tilam. Bezanya dia dapat melompat, jadi pergerakan kutu adalah cepat jika dibandingkan dengan pepijat yang hanya merayap. Sebab itu masalah kutu dapat merebak dengan cepat dan tidak dapat dikawal.

4) Tempat tidur haiwan peliharaan


Kebanyakan kes kutu yg E Pest terima adalah disebabkan haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing. Jika tidak diberi penjagaan yang rapi, kutu dapat membiak di haiwan peliharaan anda. Oleh itu, kerap periksa tempat tidur haiwan peliharaan anda dan mandikan dengan sabun khas untuk elakkan kutu bersarang di bulu haiwan peliharaan anda. Pastikan tempat tidur si bulus anda bersih dan bebas dari kutu. Baru lah seronok nak bermanja dan belai haiwan peliharaan anda, tidaklah gatal terkena kutu.

Anda boleh hubungi E Pest Control jika anda terkena gigitan kutu dan kediaman anda berada di sekitar Shah Alam, Klang dan Kuala Lumpur. Juruteknik terlatih E Pest Control akan melakukan pemeriksaan dan mengesyorkan penyelesaian yang terbaik untuk menghapuskan masalah kutu yang sedang anda hadapi.

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang kaedah rawatan bagi menghapuskan kutu, dapatkan nasihat profesional daripada E Pest Control dengan dua langkah mudah ini:

1. Klik Link berikut untuk respon pantas --> Ada kutu di persekitaran saya ! 
2. Berikan Nama dan Alamat Premis anda, E Pest Control akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah kutu di kediaman anda.

Nota: Kesemua gambar adalah ikhsan GOOGLE



logoblog

Terima Kasih kerana membaca, 4 tempat persembunyian kutu

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment