Tuesday, January 26, 2021

Mengesan, Memeriksa dan Pengawasan Anai-Anai

  nurthiera       Tuesday, January 26, 2021

Anai-anai adalah salah satu haiwan perosak yang mampu menyebabkan kerugian ribuan ringgit tanpa kita sedari. Kebanyakan spesis anai-anai sukar untuk ditemui kerana ia adalah spesis haiwan perosak yang gemar menutup laluannya dengan tanah dan bekerja di belakang rekahan dan retakan. Malah, spesis ini juga jarang makan lapisan permukaan, sebaliknya menjadikan lapisan ini sebagai penutup atau pelindung ketika mereka bekerja. 

1) Mengesan anai-anai

Mengesan spesis anai-anai ini melibatkan pengecaman dan pencarian tanda-tanda di bahagian kawasan yang berpotensi tinggi seperti bingkai pintu, dinding, perabot dan bahan yang berasaskan kayu. Kehadirannya yang sukar untuk dilihat dengan jelas kecuali jika kerosakan telah berlaku menambahkan lagi risiko kerugian kepada anda. Berikut adalah antara tanda-tanda serangan anai-anai: 

1) Kesan kerosakan dilakukan anai-anai.

2) Ada gentelan tanah atau karton anai-anai

3) Bunyi lompong/kosong apabila diketuk dengan sesuatu objek/tangan

Ada juga dalam beberapa kes, spesis anai-anai itu sendiri akan membuat bunyi "kosak-kosek" atau seperti bunyi ketukan ke atas kayu dimana bunyi ini terhasil daripada aktiviti makan, pergerakan dan isyarat amaran anai-anai. 

2) Memeriksa kawasan anai-anai

Semasa memeriksa anai-anai kayu kering, kerosakan mungkin setempat dan tanpa tanah atau karton. Sebaliknya, gentelan tahi kering seperti debu berbutir akan ditemui dalam galeri-galeri dan keluar melalui rekahan dan bukaan di dalam kayu. Kebiasaannya, debu anai-anai tidak bersifat serbuk dan lubang-lubangnya tidak begitu bulat sebagaimana dilakukan oleh kumbang pengorek. 


Spesis anai-anai kayu kering selalunya berlaku pada barang-barang perabot lama, parket dan rasuk kayu bagi bangunan-bangunan yang sangat lama ditinggalkan. Kerosakan berlaku perlahan-lahan dan memakan masa beberapa tahun. Manakala, kerosakan yang dilakukan oleh spesies anai-anai bawah tanah lebih cepat dan teruk, dengan ciri tanah dan karton yang menunjukkan kewujudannya. Tempat yang kebiasaannya memerlukan pemeriksaan ialah rangka-rangka pintu, tingkap, kambi kayu sekeliling lantai, lantai parket, soket-soket elektrik dan paip air/paip yang berada pada dinding. 

Contoh lantai parket diserang

Contoh rangka pintu diserang

Selain itu, kotak-kotak dan buku-buku mungkin nampak tidak rosak pada bahagian permukaan tetapi di bahagian dalam sebenarnya telah habis dimakan oleh anai-anai. Kadang-kadang landasan-landasan anai-anai ini boleh dilihat dengan jelas tertonjol di atas kayu atau permukaan dinding atau keluar dari dinding, soket-soket elektrik atau paip air/paip yang berada pada dinding. Dan landasan-landasan ini juga sukar untuk dilihat di antara dinding-dinding, rangka-rangka pintu dan tingkap kayu. Kayu yang rosak hanya boleh diketahui apabila dijolok dan ditekan untuk mendedahkan kewujudan karton di bawah lapisan tidak kukuh kayu tersebut. 

3) Pengawasan anai-anai

Selepas serangan anai-anai telah berjaya sepenuhnya dirawat di dalam sesebuah bangunan, rumah dan lain-lain, serangan berkemungkinan akan berulang. Pengawasan bagi kemunculan anai-anai semula melibatkan proses yang sama digunakan dalam proses permulaan mengesan anai-anai. Dalam sistem kawalan menggunakan umpan, pengawasan selalunya dilakukan dengan tempat umpan diletakkan di dalam tempat-tempat utama anai-anai di dalam bangunan atau rumah itu. 

Contoh meletakkan tempat umpan

Harus diingatkan, anai-anai yang anda berjaya hapuskan hanyalah di permukaan kawasan tersebut sahaja, namun terdapat beribu lagi anai-anai di sarang mereka. Hari ini anda sembur dengan racun seperti ridsect, esok lusa dah naik laluan baru yang dibuat anai-anai. Oleh itu, elakkan untuk sembur jika anda ternampak anai-anai di kediaman anda. Ayuh! Sekat pembiakan anai-anai di kediaman dan pejabat anda! 

Jika anda berada di sekitar Shah Alam dan Lembah Klang, anda boleh memberi kepercayaan kepada kami sebagai pakar kawalan anai-anai. Di Easelife Services, juruteknik terlatih kami akan melakukan perkhidmatan yang terbaik untuk menghapuskan anai-anai di kediaman anda tidak kira baharu atau lama. Jangan biarkan masalah anai-anai mengganggu anda. Serahkan masalah anda kepada Easelife Services Sdn Bhd. 


Dapatkan nasihat profesional daripada Easelife Services dengan 2 langkah mudah ini: 
1. Klik Link berikut untuk respon pantas --> Ada anai-anai di persekitaran saya !
2. Berikan Nama dan Alamat Premis anda. Easelife Services akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah anai-anai di kediaman anda.

Nota: Kesemua gambar adalah ikhsan GOOGLE 






logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Mengesan, Memeriksa dan Pengawasan Anai-Anai

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment