Dapur yang kemas dan bersih adalah impian semua suri rumah tangga. Baru lah semangat nak memasak tu datang bila dapur kemas dan bersih, mula la pelbagai menu hendak dicuba. Suami dan anak-anak mestilah paling gembira dapat merasa pelbagai menu yang disediakan.
Dalam keseronokan memasak tu haruslah diingat kebersihan kawasan dapur perlu dijaga dan dikekalkan. Dapur antara salah satu tempat permulaan serangga perosak membiak kerana banyak sumber makanan yang dapat menarik serangga datang dan bersarang.
Berikut antara 5 tips dapur kemas elak serangga perosak di kediaman anda:
1) Tutup bekas makanan
Bekas makanan seeloknya ditutup rapat untuk mengelakkan serangga masuk ke dalamnya. Bekas makanan seperti gula yang dapat menarik serangga perosak seperti semut haruslah ditutup rapat. Selain itu, makanan yang telah dimasak hendaklah ditutup dengan tudung saji. Serangga seperti lalat tidak akan hinggap padanya. Hal ini juga dapat mengelakkan pencemaran berlaku pada makanan tersebut. Tidaklah ahli keluarga sakit perut jika termakan makanan yang tercemar.
2) Kemas dan lap dapur selepas selesai masak
Setelah habis masak mula lah ada minyak yang terpercik ke lantai, celahan dan bahagian dapur. Tahukah anda sisa minyak masakan yang melekat di dinding boleh menjadi sumber makanan pada lipas. Sebab tu lah lipas banyak di kawasan dapur, sebab ada sisa-sisa percikan yang kita tidak bersihkan. Selapas ini, boleh biasakan lap dan mungkin mop di bahagian dapur yang terkena percikan bahan masakan
3) Susun atur bekas makanan
Susun atur juga memainkan peranan penting di bahagian dapur. Bekas makanan hendaklah disusun dengan kemas dan tidak bercampur aduk bahan makanan kering dan basah. Hal ini untuk mengelakkan serangga seperti lipas dan semut membuat sarang di tempat tersebut. Kerap periksa di bahagian belakang bekas terutamanya untuk mengelakkan serangga perosak berkumpul dan bersarang, Kotak-kotak yang tidak digunakan hendaklah dibuang, kotak lembab dikhuatiri akan menjadi tumpuan anai-anai.
4) Gunakan bahan makanan sebelum tarikh luput
Barang makanan yang dibeli seharusnya digunakan mengikut sistem first in first out (FIFO) untuk mengelakkan makanan sampai pada tarikh luput dan tidak digunakan. Barang yang dah tamat tempoh seeloknya tidak digunakan. Hal ini untuk mengelakkan keracunan makanan dan sebagainya. Kerap periksa peti sejuk untuk asingkan makanan yang masih elok dan tidak. Tidak lah muncul kulat sebab masih lagi simpan makanan yang dah tamat tarikh luput.
5) Buang sampah sisa makanan
Jika terdapat tikus di kediaman anda, makhluk perosak ini akan menjadikan sampah dan sisa makanan sebagai sumber utama untuk mereka mencari makanan. Bekas sampah haruslah sentiasa ditutup untuk elakkan makhluk perosak masuk ke dalamnya. Namun, mestilah diingatkan bahawa makhluk perosak ini bukan sahaja mencari makanan malah mereka akan meninggal kesan kotoran dan juga najis serta air kencing yang akan menyebabkan datangnya pelbagai penyakit. Oleh itu, pastikan sampah anda dibuang setiap hari jangan tunggu sehingga berulat di dalamnya baru hendak bersihkan.
Jika kediaman anda berada di sekitar Kuala Lumpur, Shah Alam dan Lembah Klang, anda boleh memberi kepercayaan kepada kami sebagai pakar kawalan makhluk perosak.
Di Easelife Services, juruteknik terlatih kami akan melakukan pemeriksaan dan mengesyorkan penyelesaian yang terbaik untuk menghapuskan haiwan perosak di pejabat anda tidak kira baharu atau lama. Jangan biarkan masalah makhluk perosak mengganggu anda.
Di Easelife Services, juruteknik terlatih kami akan melakukan pemeriksaan dan mengesyorkan penyelesaian yang terbaik untuk menghapuskan haiwan perosak di pejabat anda tidak kira baharu atau lama. Jangan biarkan masalah makhluk perosak mengganggu anda.
Serahkan masalah anda kepada Easelife Services Sdn Bhd. Dapatkan nasihat profesional daripada Easelife Services dengan 2 langkah mudah ini:
1. Klik Link berikut untuk respon pantas --> Ada makhluk perosak di persekitaran saya !
2. Berikan Nama, Masalah Pest dan Alamat Premis anda. Easelife Services akan berikan penerangan lanjut untuk menyelesaikan masalah makhluk perosak di kediaman anda.
*Nota: Kesemua gambar adalah ikhsan GOOGLE
No comments:
Post a Comment